
Stress adalah perasaan tertekan. Kenapa Anda tertekan?
Sebab Anda tidak dapat apa yang Anda mahu. Sebab lain, sesuatu yang Anda tidak pinta, tidak mahu dan tidak ingin telah terjadi ke atas Anda kemudian terasa susah untuk keluar darinya, misalnya masalah.
Bagaimana untuk membina anti stress.
Bila difikirkan anti stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Semakin banyak memikirkan tentang ubat, semakin banyak timbul penyakit. Sebab? Sesuatu akan menarik sesuatu yang lain yang serupa dengannya. Fikir stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Begitu juga dengan berfikir mengenai anti stress, sebab Anda berada dalam keadaan memerangi stress. Anda lawan stress. Kesannya Anda akan dapat lebih banyak stress sebab di fikiran Anda wujud stress, bukan ketenangan.
Lupakan pasal anti stress. Sebaliknya binalah ketenangan dan nikmati ketenangan itu.
Dengarlah lagu-lagu yang mendamaikan jiwa, yang tenang dan yang menghiburkan. Elak dengar lagu bernada sedih, kecewa, putus asa atau hampa. Anda akan merasa sedih, kecewa, putus asa dan hampa juga serupa dengan apa yang Anda dengari. Perkataan-perkatan berisi emosi hampa akan membangkitkan emosi hampa di hati Anda, sebab itulah Anda hampa.
Pergilah berjalan-jalan di taman, di pantai atau ke mana saja yang Anda rasa Anda boleh beroleh ketenangan. Ketika disitu, fokuslah untuk merasai ketenangan. Lupakan habis pasal stress. Tujuan utama Anda adalah untuk mencari ketenangan, rasainya, simpan lalu nikmati supaya Anda mendapat kekuatan.
Ketika Anda sedang berada dalam situasi yang penuh stress, sibuk dan penuh kelam-kabut, caranya tenangkan diri. Bila sudah tenang, tenangkan lagi diri Anda, lebih tenang dari yang tadi. Inilah cara yang bagus digunakan untuk mengharungi situasi penuh stress.
Bila Anda merasa tertekan atau sedang stress memikirkan sesuatu tapi Anda susah nak lupa, fokus pada PENYELESAIAN. Sebagai contoh, jika Anda stress sebab tidak ada duit, fikir cemana nak selesaikannya. Jika Anda tidak bersemangat, fikir cemana nak selesaikannya. Fikir cemana nak jadi bersemangat.
Memfokus fikiran pada penyelesaian akan membuat Anda bersemangat sedikit sebab Anda nampak jalan keluar dari stress yang Anda alami. Anda akan rasa sedikit lega. Ada harapan untuk menyelesaikan kerumitan yang Anda alami.
saya kalau stress xleh duduk satu tempat kena gi keluar dari tempat tu tenang fikiran datang kembali sambung keja atau jumpa orang yang timbulkan masalah tu
saya bukan seorg yg mudah stress, sy seorg yg pandai buat lawak spontan, sering kehadiran sy buat org lain pun happy sama..
tapi sy ada masalah dgn org yg suka buat sy stress. susah betul berkomunikasi dgn dia ni. dia suka provokasi, suka salah sangka apa yg kita cakap.
bagaimana nak berhadapan dgn org macam ni? mengelak dari bertembung, tak mungkin sebab dia salah seorg ahli keluarga juga.
saya dulu memang jenis senang stres tapi sekarang alhamdulilah dan berubah dah. setiap kali stress saya selalu ingat yg stress tu hanyalah perasaan. kadang2 kita ynag menyebabkan diri sendiri menjadi stress. orang yng buat kita stress pun kadang2 xstress setruk kita.
pada saya bila stress dangn masalah, yg penting bersangka baik. fikirkan penyelesaian dan kalau bermasalah degn orang fikirkan cara cam na nak berbaik-baik dengan orang tu..
macam mane kita nak melakukan perubahan dalam hidup kita? kadang2 sy baca artikel di imotivasi membuat saya bersemangat. namun semangat tu datang sekejap je.
mcm mane nak maintain semangat dalam diri ke ek?
Salam.sya berminat nk share artikel2 yg saya tulis,mcamna sya blh hantar ke admin?mngkin berguna,wallahualam.
Syukor saya dapat baca artikel bagaimana nak membina anti stress pada pendapat saya berbagai pendekatan kita boleh lakukan insyallah ingat lah yang esa banyakan berzikir beritighfar apa 2yang berlaku adalah dengan izin Allah,mintalah pada yang esa pertolongan mintalh ketenangan jiwa mintalah dengan bersungguh sememangnya apa yang saya tulis sperti mudah melakukan wahai sahabatku kawan2 bukan semudah itu yang kita fikirkan bayangkan lah seandainya kita dlm keadaan stress selalu lumrah manusia mereka akan mengeluh sedih rasa dukacita yang amat sangat mereka kadang2 lupa u tuk berdoa dan meminta dgn bersungguh2 fikiran negative akan mula berpotek mulalah perasaan negative akan menguasai diri kita insyallah ada lain pendekatan secara science duduklah dengan selesa tarik nafas perlahan2 pejamkan mata danhembuskan pernafasan melalui hidung perlahan lahan nanti kita akan rasa kesan nya dan banyak lagi cara yang lebih hebat aminn ….
sya follows artikel i motivasi nih mmg dh lama.. bgus untuk semua… rahsia yg x semua orang tahu…
klau saye stress skrg lh kn…sy pg cc,2 pn klau ada dwet…….klau x de sy keje hentam org yg pling dekat ngan saye……2 je lh keje saye.pling x pun makan……..n tengok tv……
Asalam kalau kita stress walau apa jua keadaan elakan dari berkrlakuan acting -out umpama kita dmarahi boss kita keluar dari bilk boss kita nmpk bakul sampah kita terus tendang bakul sampah yg dhadpn kita eemm untuk puaskn hati ingat wahai sahabat2 perbuatn begitu lagi menambahkn stress kita apataknya kita lepas sejuk perasaan rasa bersalah pulak dgn perbuatn kita rasa malu pula nilah yng membuatkn kita rasa stress yg bertambah2 apakata kita tarik nafas perlahan2 hembus perlahan2 melalui hidung bustlah beberapa kali sudah tentu kita rasa relax ,tenang dan akn terbitlah sifat kesabaran aminn…akn dtnglah sifat positive selamat mencuba aminn…