Emosi dan motivasi – 13 tips bagaimana membina emosi positif [tips 5]

Tips kelima bagaimana membina emosi positif:

  • cari bahagia dengan cara membuat orang lain bahagia, cari gembira dengan cara membuat orang lain gembira.

Bina mentaliti suka memberi. Berilah sesuatu kerana dengan itu Anda akan mendapat sesuatu.

Sesuatu yang dimaksudkan adalah perasaan gembira, girang dan seronok.

Anda akan merasa gembira, girang dan seronok apabila orang lain gembira disebabkan Anda. Pertolongan ikhlas, kecil atau besar, bila diberi dengan penuh ketulusan akan membuat Anda gembira.

Ingatlah kegembiraan-kegembiraan yang Anda raih di masa lalu hasil dari menolong seseorang sebab ia akan menyemarakkan emosi positif dalam diri Anda.

Anda akan makin bersemangat memberi lebih banyak lagi pertolongan lalu membuat Anda merasa semakin gembira, bertambah-tambah gembira. Kegembiraan, rasa girang dan seronok membuat Anda kekal dalam emosi-emosi positif.

Anda akan terhindar dari emosi-emosi negatif apabila fikiran Anda dipenuhi emosi-emosi positif. Ingat, hanya akan ada satu emosi yang mendominasi minda Anda pada satu masa.

Latih diri mengawal emosi. Biarlah emosi di minda Anda merupakan emosi positif keseluruhannya, supaya motivasi Anda berada pada tahap tinggi sentiasa.

About iMotivasi

Sertai ratusan ahli komunitasi yang tekad mahu memperbaiki diri di http://www.facebook.com/iMotivasi
This entry was posted in Motivasi Diri. Bookmark the permalink.

One Response to Emosi dan motivasi – 13 tips bagaimana membina emosi positif [tips 5]

  1. Pingback: iMotivasi - tip motivasi | motivasi inspirasi

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>